Thursday 30 August 2012

(FIKAH- MIRATH) TAJUK : MUQADDIMAH MIRATH

1. Jelaskan mirath dari segi pengertian, hukum, dalil dan hikmatnya.

Pengertian mirath dari segi istilah syarak ialah ilmu yang membicarakan tentang waris-waris yang berhak terhadap harta pusaka dan kadar wajib bagi setiap waris yang berhak itu.

Hukum mengenai mirath pula, para ulama menghukumkan pensyariatan mirath adalah fardu kifayah.



Dalil-dalil pensyaritan mirath adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah an nisa’ ayat 11.. يُوصِيكُمُ اللهُ فِي أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ اْلأُنثَيَيْنِ

Hikmat pensyariatan mirath ialah :·

1. Dapat menyampaikan hak dan bahagian kepada individu-individu yang berhak mendapat hak dalam pembahagian harta pusaka. ·

2. Dapat menguatkan serta memupuk sikap bertimbang rasa dalam hubungan kekeluargaan. · Dapat mengelakkan berlakunya penganiayaan terhadap waris dalam pembahagian harta pusaka. ·

3. Dapat menjamin kehidupan ahli waris. ·

3. Dapat mengekalkan harta kepunyaan hak milik keluarga dari hilang.

2. Huraikan hak-hak atau tanggungan yang berkaitan dengan harta pusaka.

Terdapat lima hak atau tanggungjawab yang harus ditunaikan terhadap harta pusaka iaitu :

1. Pengurusan jenazah :

Perkara utama sebelum pembahagian harta pusaka ialah perbelanjaan pengurusan jenazah yang bersumberkan dari harta peninggalan si mati merangkumi perbelanjaan memandikan jenazah, mengkafankan, memandikan, membawa jenazah ke kubur, dan mengkebumikan jenazah tersebut.

Segala perbelanjaan yang bertujuan untuk kenduri tahlil , kenduri memperingati si mati dn sebagainya tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati tersebut,Namun jika menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan tersebut maka hendaklah digantikan.

Jika waris yang melakukannya maka segala perbelanjaan dikira dari hartanya namun jika bukan waris yang melakukannya maka ia dikira sebagai kebajikan darinya.

Jika si mati tidak meninggalkan harta , maka perbelanjaan pengkebumian hendaklah diambil dari harta waris ,namun jika waris tidak mempunyai harta, maka boleh mengambil harta dari baitulmal, jika baitulmal tidak mempunyai harta juga maka menjadi kewajipan orang-orang kaya di kalangan umat Islam menanggungnya kerana ia merupakan fardhu kifayah.

2. Pelunasan hutang :

Hak seterusnya yang perlu dilakukan terhadap harta pusaka ialah melunaskan hutang si mati menggunakan harta si mati.

Selagi hutang si mati tidak dilunaskan maka harta pusaka tidak boleh dibahagikan oleh si mati.

Hutang si mati terbahagi kepada dua iaitu hutang dengan Allah seperti zakat, kafarah, nazar, dan haji fardu serta hutang sesama manusia.

3. Wasiat :

Merupakan sumbangan seseorang individu kepada seseorang individu atau pihak lain sama ada dalam bentuk harta atau manfaat bertujuan untuk kebajikan setelah individu tersebut meninggal dunia.

Pelaksanaan wasiat hendaklah dilakukan dalam lingkungan 1/3 dari baki harta peninggalan si mati setelah harta tersebut digunakan untuk tujuan pengurusan jenazah dan pelunasan hutang si mati.

Jumhur ulama juga berpendapat Wasiat tidak boleh sesekali diberikan kepada waris yang berhak menerima harta pusaka kecuali jika diizinkan oleh ahli-ahli waris yang lain walaupun kadarnya kurang daripada 1/3.

Hal yang sama turut berlaku jika wasiat itu melebihi kadar 1/3 tidak boleh diberikan kecuali dengan persetujuan ahli waris yang lain.

4. Harta sepencarian :

Harta sepencarian merupakan harta yang diperolehi oleh pasangan suami isteri sama ada secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Harta sepencarian boleh dituntut oleh pasangan suami isteri apabila berlakunya penceraian atau kematian salah seorang dari pasangan tersebut menurut undang-undang keluarga Islam .

Terdapat dua syarat yang harus dipenuhi sebelum mana-mana harta diterima sebagai harta sepencarian,Harta tersebut diperoleh selepas perkahwinan, Harta tersebut diperoleh dengan usaha kedua-dua pasangan suami isteri secara bersama sama ada dalam bentuk kewangan, harta, atau moral.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha sebelah pihak sahaja.

Harta sepencarian tidak ditentukan dengan kadar pembahagian sama banyak semata-mata namun dibahagikan menurut kadar yang difikirkan munasabah.

Pihak yang berusaha untuk memperolehi aset-aset itu akan menerima kadar-kadar yang lebih besar.

5. Pembahagian harta pusaka.

Setelah selesai dilaksanakan kesemua hak dan tanggungjawab terhadap harta sepeninggalan si mati tersebut maka barulah pembahagian harta pusaka tersebut dilakukan kepada ahli-ahli waris yang berhak menerimanya. Pembahagian harta pusaka tersebut bergantung kepada kedudukan waris dan hubungannya dengan si mati.

9 comments:

  1. terima kasih...banyak membantu saya...

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk maklumat ini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....adakah pembayaran fidyah puasa juga boleh dibayar guna harta pusaka

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....adakah pembayaran fidyah puasa juga boleh dibayar guna harta pusaka

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete