Thursday 30 August 2012

Trial STPM (Syariah 1) SMKASM

Bahagian A : Fikah
Jawab tiga soalan sahaja.
1. (a) Jelaskan konsep al-rahn dari segi pengertian, dalil dan tiga keadaan yang membatalkan akad al-rahn. [10]

(b) Bandingkan sistem gadaian dalam Islam dengan sistem gadaian yang dilaksanakan di kedai pajak gadai konvensional. [10]


2. (a)Terangkan konsep wakaf dari segi pengertian, hukum , dalil dan hikmatnya. [12]

(b) Dengan menyatakan alasan, jelaskan hukum wakaf yang berikut :
(i) Mewakafkan makanan untuk penduduk kampung.
(ii) Mewakafkan rumah untuk hamba.
(iii) Wakaf yang dilakukan oleh kanak-kanak yang telah mumaiyiz.
(iv) Mewakafkan barang yang masih dalam khiyar. [8]


3. (a) Terangkan idah bagi perempuan yang bercerai hidup. [10]

(b) Nyatakan pengertian mut’ah dan jelaskan pendapat ulama tentang hukum mut’ah. [10]


4. (a) Huraikan lima hukum merujuki isteri yang masih dalam idah. [10]

(b) Dengan memberi contoh, jelaskan syarat sah rujuk melalui penggunaan perkataan. [10]


5. (a) Jelaskan pengertian diyat , jenis dan syarat-syarat yang ditentukan bagi kewajipan membayar diyat. [10]

(b) Terangkan konsep kemaafan dan kesannya dalam kes pembunuhan dengan sengaja. [10]

6. (a) Jelaskan maksud Ashabul al-Furudh, dan terangkan empat golongan Ashabul Furudh serta kadar bahagiannya. [10]

(b) Huraikan pembahagian harta pusaka untuk ahli waris berikut :

(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan, ibu, bapa dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [5]

(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu, bapa dan dua saudara perempuan seibu. [5]


Bahagian B : Usul Fikah
Jawab dua soalan sahaja.
7. (a) Nyatakan pengertian hukum taklifi, dan bandingkan dua perbezaan antara hukum taklifi dengan hukum wad’ie. [10]

(b) Dengan memberi contoh, huraikan lima bahagian hukum taklifi menurut jumhur ulama. [10]

8. (a) Jelaskan pengertian al-mahkum ‘alaih serta syarat-syarat sah taklif. [10]
(b) Jelaskan konsep ahliyyah dari segi pengertian, bahagian dan halangannya. [10]


9. (a) Nyatakan konsep muqayyad dari segi pengertian, hukum, serta berikan dua contoh daripada al- Quran. [10]

(b) Berdasarkan pandangan ulama, jelaskan tiga bentuk mutlak dan muqayyad yang berkaitan dengan hukum dan sebab. [10]

10. (a) Huraikan kaedah la dharara wala dhirar dari segi pengertian dan dalil, serta jelaskan dua kaedah terbitannya. [10]

(b) Dengan menggunakan kaedah la dharara wala dhirar, nyatakan kaedah yang terbit bagi contoh-contoh berikut :
(i) Seseorang ditegah menguruskan harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan dan memudaratkan orang lain.
(ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak H1N1.
(iii) Untuk menghindarkan sawahnya daripada tenggelam, seseorang tidak boleh melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan sawah kepunyaan orang lain tenggelam dan musnah.
(iv) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.
(v) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja.
[10]

No comments:

Post a Comment