Thursday 30 August 2012

( FIKAH-MUAMALAT ) TAJUK : RIBA

1. Pengertian, dalil dan hikmat pengharaman :

Pengertian Riba :
Istilah : akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu atas sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaannya sewaktu akad dan sama ada menangguhkan kedua pertukaran itu atau salah satu daripadanya.

Dalil pengharaman Riba :
Firman Allah s.w.t : (surah al-baqarah : ayat 275)
Sabda Rasulullah s.a.w : لعن الله اكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال : هم فيه سواء

Hikmat pengharaman Riba :

1. Menyebabkan permusuhan antara individu dan menghilangkan perasaan ihsan dan semangat tolong-menolong dalam masyarakat.

2. Islam menggalakkan umatnya memberi hutang yang baik dan mendapat pahala, bukan melalui riba yang lebih bersifat mementingkan keuntungan dan berbentuk penindasan.

3. Riba menyebabkan seseorang itu mendapat keuntungan dengan tidak perlu bersusah payah sedangkan Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha.

4. Memberi ruang kepada pihak pemakan riba untuk melakukan penindasan terhadap orang miskin atau dalam keadaan terdesak.

2. Jenis-jenis riba :

2.1 : Riba Hutang :

Pengertian : Riba hutang atau riba al-nasi’ah ialah pertambahan disebabkan lewat membayar hutang atau pinjaman.
Contohnya : Melambatkan bayaran hutang dikenakan bayaran lebih.
Riba jenis ini telah diamalkan oleh masyarakat Jahiliyyah pada masa silam dan masih menjadi amalan sehingga sekarang terutama di bank-bank konvensional dan syarikat persendirian yang menyediakan perkhidmatan pinjaman wang contohnya “ah long”.

2.2 : Riba Jual beli :

Pengertian : Riba jual beli atau riba al-fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab penukaran. Riba ini juga ialah jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis barang yang sama jenis.
Contohnya jual beli sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah gandum.

Riba al-fadlu juga ialah jual beli duit dengan duit, atau makanan dengan makanan di samping ada pertambahan.
Contohnya : seseorang menjual emas kepada seseorang hingga suatu tempoh tertentu dan dibayar dengan emas dan tambahan perak.

3. Barang-barang yang boleh berlaku riba.

Barang-barang yang boleh berlaku Riba ialah nukud : iaitu emas dan perak, makanan yang kebiasaannya mengenyangkan seperti jagung, gandum dan beras, buah-buahan seperti tamar, anggur dan lain-lain ataupun ubat-ubatan seperti garam, halia dan herba. ü Walau bagaimanapun riba bukanlah terbatas kepada perkara ini sahaja malahan merangkumi perkara-perkara yang boleh diqiyaskan dengannya, seperti beras dengan jagung kedua-duanya adalah sama maksud dan tujuan iaitu sebagai makanan asasi bagi manusia.

4. Persoalan semasa riba :

4.1 : Pinjaman yang dikenakan faedah.

Muamalat Pinjaman bentuk ini bererti jumlah bayaran yang akan dibayar oleh peminjam adalah tidak sama dengan jumlah pinjaman.
Contohnya : seseorang meminjam wang sebanyak RM5000 dari sebuah bank dan dikenakan faedah pinjaman sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman, menjadikan jumlah yang perlu dibayar ialah RM5500.
Muamalah cara ini adalah haram dan dosa besar dan tergolong dalam kategori riba hutang atau al-nasiah,iaitu pertambahan (riba) dari segi bayaran akibat lewat membayar hutang atau pinjaman. ü Muamalat bentuk ini diharamkan kerana terdapat bentuk penindasan terutama kepada seseorang yang dalam keadaan terdesak.
.
4.2 : Simpanan wang yang dibayar faedah.

Muamalat Simpanan yang dibayar dengan faedah ini bererti penyimpan akan mendapat jumlah wang yang lebih banyak berbanding jumlah yang disimpan. Kebiasaannya bank memberi faedah atas simpanan penyimpan kerana pihak bank menggunakan wang simpanan penyimpan untuk dilaburkan, oleh sebab itu sebagai balasan kepada penyimpan pihak bank memberi faedah simpanan berdasarkan jumlah wang yang disimpan.
Contohnya : Seseorang menyimpan wang dalam sebuah bank sebanyak RM10 000, setelah cukup setahun pihak bank memberi faedah simpanan sebanyak RM1000, menjadikan jumlah simpanan penyimpan ialah RM11 000.
Dari segi hukum, sekiranya pihak bank menetapkan jumlah faedah yang akan dibayar kepada penyimpan, seperti 5% setahun tanpa mengambil kira keuntungan atau kerugian yang berlaku dalam pelaburannya maka hukumnya adalah Haram kerana berkemungkinan berlaku kerugian yang akan ditanggung oleh pihak bank sedangkan penyimpan tetap mendapat keuntungan dari faedah simpanan. ü Sekiranya tidak ditetapkan jumlah faedah yang akan dibayar oleh pihak bank kepada penyimpan dan pihak bank menetapkan ia sebagai hibah kepada penyimpan apabila terdapat keuntungan dalam pelaburan maka hukumnya adalah Harus kerana pihak bank tidak perlu membayar lebih kepada penyimpan kecuali wang simpanannya sahaja.

4.3 : Sewa beli.

Sewa beli bermaksud satu-satu pihak menjalankan muamalat di samping berniaga untuk mencari keuntungan serta mengambil komisyen dengan membeli barang tertentu untuk dijadikan sebagai salah satu daripada barang modal perdagangan atau pelaburan.
Muamalat sewa beli merupakan salah satu daripada bentuk perkhidmatan yang berlaku dengan meluas dalam konteks semasa sekarang ini, sama ada melalui institusi Bank Islam, koperasi mahupun syarikat.
Antara contoh sewa beli ialah sesebuah bank akan membeli terlebih dahulu suatu barang yang selalunya berharga mahal contohnya kereta kemudian bank tersebut akan menyewakan kepada pelanggan yang ingin membeli dengan kadar sewa yang tertentu, sewa yang dibayar oleh pelanggan itu dikira sebagai deposit dan diberi keuntungan dan apabila sampai tempoh tertentu barang yang disewa tersebut secara automatik akan menjadi milik penyewa tersebut.
Dari segi hukum, pelaksanaan konsep sewa beli sekiranya selari dengan syariat Islam iaitu tiada unsur penipuan, tiada unsur riba atau tidak menzalimi penyewa seperti bayaran sewaan yang berpatutan dan menjadi milik sempurna penyewa apabila cukup tempoh yang ditetapkan maka hukumnya adalah diharuskan dalam undang-undang muamalat Islam demi kemaslahatan awam.

No comments:

Post a Comment