Wednesday 5 September 2012

Gadaian

1. Jelaskan Konsep al-Rahn dari segi pengertian, dalil , hukum dan hikmat pensyariatannya :
 Pengertian ar-Rahn :
Menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi suatu hutang dan akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat menjelaskan hutang tersebut.

 Dalil pensyariatan ar-Rahn :
Firman Allah s.w.t : Surah Al-Baqarah ayat 283

Sabda Rasulullah s.a.w :
رهن رسول الله درعاعند يهودى بالممدينة وأخذ منه شعيرا لآهله
 Hukum ar-Rahn :
Para fukaha bersepakat mengatakan bahawa gadaian ini diharuskan semasa musafir ataupun tidak bermusafir (bermastautin atau bermukim)

 Hikmat pensyariatan ar-Rahn :

1. Merupakan suatu bentuk pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan.

2. Dapat memudahkan seseorang yang memerlukan wang untuk mendapatkannya, kerana mungkin jika berhutang tanpa cagaran tiada orang yang sudi memberi hutang kepadanya sedangkan dia sangat memerlukan wang.

3. Dapat menjamin wang atau barang yang dihutangkan oleh penerima gadaian kepada orang yang bergadai.

4. Melahirkan sifat kasih sayang sesama manusia dan menjaga kemaslahatan umat manusia.




2. Nyatakan rukun ar-Rahn.
Antara rukun gadaian ialah :
1. Penggadai
2. Pemegang gadai
3. Barang gadaian
4. Barang yang diberikan kepada penggadai
4. Sighah (ijab dan qabul)

3. Jelaskan syarat-syarat sah bagi rukun gadaian berikut
3.1. Penggadai dan pemegang gadai.
1. Keahlian dalam mengurus hartanya. Keahlian menurut jumhur ulama’ ialah keahlian dalam jual beli dan keahlian tabarru’ kerana gadaian ada tabarru’ bukan wajib.
2. Bukan dipaksa, maka tidak sah gadaian jika sekiranya penggadai atau pemegang gadai itu terpaksa.
3.2. Barang gadaian.
1. Barang gadaian itu mestilah yang a’in (nyata). Tidak sah menggadai hutang kerana hutang yang belum diterima tidak boleh dibuat cagaran dengannya. Begitu juga tidak sah menggadai penggunaan atau faedah sesuatu benda, contohnya penggunaan rumah, kereta dan sebagainya.
2. Semua jenis barang yang sah dijual beli. Maka tidak sah menggadai barang yang tidak sah dijual beli seperti menggadai harta wakaf, hamba mukatab.
3.3. Barang (bayaran) yang diberi kepada penggadai (hutang).
1. Bayaran yang diberi kepada penggadai itu dikira hutang yang tetap lagi wajib.
2. Hendaklah bayaran itu diketahui oleh kedua belah pihak atau salah seorang dari keduanya. Maka tidak sah gadaian jika sekiranya jahil tentang pembayaran olek kedua belah pihak atau salah seorang dari keduanya.
3. Hendaklah pembayaran itu hutang yang lazim ataupun akan menjadi lazim, maka sah gadaian dengan harga selepas selesai jual beli. Dan tidak sah gadaian dengan menjadikan ju’alah (komisen) sebelum selesai kerja sebagai bayaran.


4. Terangkan hukum berkaitan al-Rahn berikut :
4.1 : Pemilikan barang al-Rahn.
Penggadai berhak menarik balik gadainya sekiranya barang itu belum lagi diterima oleh pemegang gadai, dan berhasil penarikan balik barang yang belum diterimanya itu dengan suatu perbuatan yang dilakukan oleh penggadai, seperti dihibahkan barang tersebut kepada barang lain.
4.2 : Penggunaan barang al-Rahn.
Penggadai boleh menggunakan barang gadaian itu sekiranya penggunaan itu tidak mengurangkan harga barang itu.Contohnya kenderaan boleh digunakan, rumah boleh diduduki.
4.3 : Kehilangan atau kerosakan barang al-Rahn.
Pemegang gadai tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang gadaian itu rosak atau hilang dan sebagainya yang tidak disengajakan. Sebaliknya jikalau kerosakan itu di sengajakan pemegang gadai dikenakan ganti rugi.

5. Terangkan perkara-perkara yang membatalkan gadaian.
Antara perkara yang membatalkan gadaian ialah
1. Menyerah balik barang yang digadai kepada penggadai, kerana barang itu adalah sebagai cagaran hutang.
2. Apabila penggadai menjelaskan semua hutangnya.
3. Apabila barang yang digadai itu rosak.
4. Apabila barang gadaian itu disewa, di hibah ataupun disedekahkan sama ada perkara itu dilakukan oleh penggadai atau pemegang gadai .
5. Terpaksa jual, perintah kadi kepada penggadai supaya menjual barang gadaian, maka apabila dijual penggadai hendaklah menyempurnakan hutangnya daripada harga barang yang dijual.
6. Pemegang gadai memfasakh gadaian walaupun tanpa penggadai kerana hak itu kepunyaannya. Dan tidak terbatal gadaian sekiranya difasakh oleh penggadai.

No comments:

Post a Comment